Presiden
PERKASA Datuk Ibrahim Ali menolak penstrukturan semula kabinet negara baru-baru
ini yang menyaksikan pertambahan saiz kabinet.Katanya, saiz “kabinet terbesar dalam dunia” itu
tidak memberikan jaminan masalah negara dapat dibanteras, sebaliknya hanya
membazirkan wang rakyat.
“Sekarang sudah ada 33 menteri, 27 timbalan menteri dan sembilan bertaraf
menteri. Boleh masuk Guinness Book of Record dan majalah Fortune. “Lagi banyak menteri, lagi banyak masalah
timbul,” sindirnya dalam satu kenyataan.
Pada 25 Jun lalu, Perdana Menteri Datuk Seri
Najib Razak mengumumkan penstrukturan semula kabinet dengan melantik wakil MCA
dan Gerakan ke dalam kabinet.
Sementara itu, mengulas cadangan supaya seorang menteri di Jabatan Perdana Menteri dipertanggungjawabkan dalam aktiviti haram, Ibrahim berkata, ia tidak menjamin masalah itu akan selesai.
Katanya, terdapat pelbagai lagi agensi bagi membasmi aktiviti itu seperti polis, kastam, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN). “Lantik seorang lagi menteri belum menjamin keberkesanannya selain ianya membazir wang rakyat,” katanya.
Utusan Online semalam melaporkan, pelantikan seorang menteri tanpa portfolio yang bertanggungjawab terhadap keselamatan negara berkaitan aktiviti haram antara cadangan perlu diberi perhatian serius bagi menangani gejala mesin judi.
Satu sumber kepada Utusan Malaysia berkata, cadangan itu wajar dipertimbangkan kerajaan memandangkan gejala berkenaan yang kini dianggap berada pada tahap luar biasa seolah-olah tidak mampu dibanteras.-MK/1 Jul 2014

0 comments:
Post a Comment