Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali
menafikan khabar angin dia keluar parti semalam, yang tersebar selepas Datuk
Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail diumum sebagai calon menteri besar Selangor
baharu.
Azmin yang juga Ahli Dewan Undangan
Negeri (Adun) Bukit Antarabangsa diketahui sudah mengintai lama jawatan penting
di negeri terkaya di Malaysia tersebut."Pejabat Mohamed Azmin Ali
menafikan perletakan jawatan YB Mohamed Azmin dalam PKR," kata kenyataan tersebut.
Dalam sebaran Khidmat Pesanan Ringkas
(SMS) semalam, Azmin dikatakan meletak jawatan dalam parti dan menjadi ahli Parlimen
Bebas.
Pejabat Azmin juga mendakwa khabar angin
tersebut diwujudkan bertujuan untuk memecah-belahkan perpaduan parti, pada
ketika pergelutan memang berlaku melibatkan kepimpinan di negeri Selangor. "Justeru, sebaran tersebut diyakini
bertujuan untuk memecah-belahkan perpaduan dalam Pakatan Rakyat khususnya
PKR," katanya. Kenyataan tersebut juga memberitahu
Azmin ketika ini berada di Mekah menunaikan ibadah Umrah dan menolak kebenaran
khabar angin tersebut.
Khabar angin peletakan jawatan ini bukan
kali pertama berlaku. Ia timbul juga tahun lepas semasa pertikaian untuk
melantik menteri besar Selangor selepas berakhir Pilihan Raya Umum ke-13. Malah, Azmin juga secara terbuka
menyatakan rasa tidak setuju terhadap pelantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai
menteri besar penggal kedua. Pertikaian tersebut berlarutan sehingga
hari ini, malah secara terbuka kepimpinan PKR menyatakan penolakan kepimpinan
Khalid di Selangor. – TMI/23 Julai, 2014.
0 comments:
Post a Comment