Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim
Mu'adzam Shah dan Raja Permaisuri Agong Tuanku Haminah menzahirkan ucapan
takziah kepada seluruh anggota keluarga penumpang dan anak kapal pesawat MH17.
Seri Paduka berdua turut menzahirkan
rasa amat dukacita yang tidak terhingga atas insiden yang menimpa pesawat
Malaysia Airlines (MAS) itu yang terhempas di Ukraine Khamis lalu.
"Sesungguhnya negara Malaysia pada
ketika ini sedang bersedih dengan tragedi ini," titah baginda dalam satu
kenyataan di Kuala Lumpur, hari ini.
Baginda berdua menyeru
rakyat Malaysia agar berdoa supaya anggota keluarga mangsa diberi kekuatan dan
ketabahan dalam menghadapi situasi yang amat sukar ini.
Pesawat Boeing 777 itu yang membawa
298 penumpang dan anak kapal, sedang dalam penerbangan dari Amsterdam ke Kuala
Lumpur apabila terhempas di Donetsk, wilayah timur Ukraine, pada Khamis lepas.
– Bernama, 20 Julai, 2014.
0 comments:
Post a Comment