Sponsor

Saturday, July 12, 2014

Gelandangan – Antara Kesedihan PM Dan ‘Air Mata’ Lim Guan Eng...

Perhatian yang diberikan kepada golongan gelandangan kini menjadi modal politik di antara BN dan Pakatan Rakyat apabila kedua-duanya menuduh pihak lagi satu cuba mengambil keuntungan politik dari masalah tersebut.

Jika kelmarin MP DAP mendakwa lawatan turun padang PM tidak akan menyelesaikan masalah itu, kini giliran BN pula menempelak DAP.

GERAKAN mendakwa air mata Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng sewaktu melawat dan menyerahkan cek sebanyak RM20,000 kepada rumah kebajikan The Lighthouse yang memberi makan kepada gelandangan sebagai "wayang" semata-mata.
Setiausaha GERAKAN Pulau Pinang, Oh Tong Keong menyifatkan Lim sebagai seorang "pelakon" yang hebat.
Pada lawatan itu, Lim tersentuh melihat golongan gelandangan makan dan mengelap air matanya - dan mengumumkan menerusi akaun Twitter miliknya yang beliau berasa "emosional" pada masa itu.
Gambar Lim berpakaian batik hitam putih sambil menangis diterbitkan dalam akhbar dan dikongsi orang ramai menerusi laman media sosial.
"Wayang sebegitu rupa oleh beliau tidak akan menyelesaikan masalah gelandangan," kata Oh kepada Malaysiakini.-MK/12 Julai 2014

0 comments:

Post a Comment

http://penburukonline.blogspot.my/