Perwakilan Palestin di Dewan Hak Asasi Manusia di Geneva,
Ibrahim Khrasheh menyatakan bahawa roket-roket yang dilancarkan dari Gaza ke
arah Israel adalah satu kajahatan perang dan kejahatan terhadap kemanusiaan
kerana mensasarkan warga sipil.
Dipetik Today’s Opinion, Isnin (14/7/2014), Khrasheh yang
merupakan wakil utusan pemerintah Mahmud Abbas di Tepi Barat (Fatah),
mengatakan bahawa Israel selalu memberikan peringatan ketika akan membom
rumah-rumah di Gaza. Kerana itulah Israel terlepas dari kritikan dunia
Antarabangsa.
Pernyataan Khrasheh yang memihak kepada Israel ini telah
mengundang banyak kritikan para pengguna media sosial. Akhbar Israel sendiri, ‘Maariv
menyatakan bahawa Khrasheh adalah perwakilan dan juru bicara Palestin di Dewan
HAM, tapi dia bersikap seperti ‘perwakilan’ Israel.
Malah dalam pernyataan nya di persidangan Geneva menyebut,.. Khrasheh memperingatkan pihak-pihak yang ingin membawa Israel ke Pengadilan Antarabangsa agar mempelajari terlebih dahulu perundangan dan peraturan. Kenyataan ini telah mencetuskan kebimbangan ramai pihak. Jangan-jangan, Pemimpin Gaza pula yang akan dituntut di Mahkamah Antarabangsa tersebut.-Dakwatuna/15 Julai 2014
0 comments:
Post a Comment