Rusia hari ini menafikan apa-apa
penglibatan dalam tragedi pesawat Malaysia Airlines MH17, tetapi mengatakan
ketenteraan Ukraine memiliki sistem peluru berpandu darat-ke-udara BUK. Duta Rusia ke Malaysia Lyudmilla G Vorobyeva berkata
pemberontak di Donetsk hanya memiliki sistem mudah alih."Linkungan yang boleh dicapai sistem mudah alih
ini hanya 5,00 meter, bermaksud ia tidak mampu menyasarkan jet komersil yang
sedang terbang setinggi 33,000 kaki," kata Vorobyeva.
Gambar - Duta Rusia di Malaysia Lyudmila
Vorobyev (kiri) bercakap semasa sidang media tragedi Malaysia Airlines (MAS)
MH17 di Kedutaan Rusia di Kuala Lumpur hari ini.
Vorovyeva berkata pada sidang
media di kedutaan Rusia di Jalan Ampang hari ini Rusia dipersalahkan secara
tidak adil oleh media Barat. "Di mana bukti kukuh yang Rusia terlibat dalam
tragedi MH17? Semua jari yang dituding dan tuduhan yang dibuat adalah tanpa
bukti."
"Semasa Amerika Syarikat (AS) menyerang Iraq pada
2003, mereka katakan ia angkara Timur Tengah kerana mereka memiliki senjata
nuklear." "Bagaimanapun, hingga hari ini dunia masih
menunggu bukti 'weapons of mass destruction' yang digunakan sebagai alasan
untuk menyerang oleh AS," kata Vorobyeva.
Beliau berkata pemberontak di Donetsk tidak memiliki
sistem yang maju seperti peluru berpandu darat-ke-udara BUK, dan hanya pengguna
yang terlatih boleh menggunakannya," kata Vorobyeva.
Vorobyeva diminta mengulas siapa yang bertanggungjawab
menembak jatuh MH17, dan apa sebenarnya terjadi Khamis lepas. "Kami tidak akan mengikut permainan negara Barat,
menyalahkan dan menuduh seseorang tanpa bukti," kata Vorobyeva.
Dia mendakwa gambar sistem peluru berpandu BUK dan
perbualan telefon antara dua anggota pemberontak adalah palsu. "Rusia terus menerus menyeru satu siasatan
mendalam dilakukan bagi mencari bukti siapakah yang bertanggungjawab atas nahas
tersebut." "Bukan seperti yang lain, Rusia membawa bukti
bahawa jet pejuang Ukraine Sukhoi SU-25 ada di sekitar 3 hingga 5 kilometer
berdekatan MH17," katanya.
Kata Vorobyeva, meskipun pihak berkuasa Ukraine
menafikannya, SU-25 dikesan sistem radar Rusia. Vorobyeva mengucapkan terima kasih kepada Putrajaya
kerana kekal neutral dalam hal itu, dan berkata ia menunjukkan kekuatan
hubungan antara kedua-dua negara.
Beliau juga diminta memberi komen tentang tuduhan
bahawa bukti di tapak nahas MH17 itu sudah pun terjejas, termasuk kotak hitam
daripada pesawat tersebut. "Pakar Malaysia sudah mengesahkan perakam
penerbangan MH17 itu tidak terjejas," katanya.
Vorobyeva berkata walaupun dia bersimpati dengan
keluarga mangsa MH17, "perasaan dan emosi bukan fakta. Setakat ini, tiada
bukti kukuh bahawa pemberontak di Donetsk yang menembak jatuh MH17."
Vorobyeva juga tegas mengatakan Rusia bukan sedang
melemparkan sindiran, tetapi hanya memberi fakta. "Kami mahu komuniti antarabangsa mendapat
gambaran yang jelas tentang apa yang berlaku," katanya, menambah ia
terpulang kepada dunia untuk memikirkan mengapa Rusia didakwa terlibat dalam
nahas tersebut.
"Faktanya ialah, tentera Ukraine memiliki sistem
peluru berpandu BUK. Juga fakta ialah, ada jet pejuang Ukraine SU-25 terbang
berdekatan MH17 pada waktu itu. "Kita mengambil masa untuk tampil dengan bukti
benar dan kukuh," kata Vorobyeva apabila ditanya mengapa Rusia mengambil lima
hari sebelum mengeluarkan maklumat ini.
Tentang kesukaran para penyiasat mendapatkan akses ke
lokasi nahas MH17, dia berkata: "Kiev masih belum berhenti mengebom dan
menyerang kawasan berhampiran tapak itu. "Seorang yang waras tidak akan sengaja melalui
kawasan yang ada risiko akan terbunuh. MH17 ialah kes unik kerana tidak seperti
bencana penerbangan lain, insiden ini berlaku betul-betul di tengah zon
konflik." – MI/22 Julai, 2014.
0 comments:
Post a Comment