Sponsor

Thursday, July 17, 2014

Inilah ‘Betina Yahudi’ Yang Desak Ibu-Ibu Rakyat Palestin Semua Di Bunuh...

Seorang ahli parlimen Israel menggesa tenteranya turut membunuh ibu-ibu rakyat Palestin semasa membuat serangan berterusan ke atas semenanjung Gaza. Ayelet Shaked dari parti Ultra-Nationalist Jewish Home yang melabelkan warga Palestin sebagai pengganas menegaskan semua ibu rakyat Palestine yang melahirkan 'ular kecil' perlu disembelih.

"Mereka perlu mati dan rumah-rumah mereka perlu dirobohkan supaya mereka tidak boleh melakukan sebarang tindakan pengganas. Mereka  adalah musuh-musuh kita dan darah mereka mesti berada dalam tangan kita. Ini juga termasuk ibu-ibu bagi pengganas yang telah mati," kata Shaked di petik PressTV.

Kenyataan shaked itu dianggap sebagai gesaan untuk melakukan pembunuhan beramai-ramai rakyat Palestine kerana beliau mengisytiharkan semua rakyat Palestine adalah musuh Israel dan mesti dibunuh. 

Kenyataan ini muncul apabila ramai pegawai dari pelbagai negara menyelar serangan udara Israel ke atas Semenanjung Gaza. Perdana Menteri Turki adalah yang terbaru mengutuk serangan itu dan menuduh Israel membunuh beramai-ramai rakyat Palestine. 
Recep Tayyip Erdogan juga membidas Israel dan menyifatkan negara mereka sedang melakukan keganasan terhadap rakyat Palestine di rantau itu, bahkan ketika bercakap di parlimen beliau mempersoalkan sikap berdiam-diri dunia terhadap kekejaman berterusan Tel Aviv. 

Sebagai reaksi terhadap kenyataan Shaked itu, Perdana Menteri Turki berkata dasar Israel di Gaza tidak ada bezanya dengan mentaliti Hitler. "Seorang wanita Israel berkata ibu-ibu Palestine harus dibunuh juga. Dan dia adalah seorang ahli parlimen Israel. Apakah perbezaan di antara mentaliti seperti ini dan Hitler?" soal Erdogan.



Kenyataan ini muncul apabila agensi PBB bagi pelarian Palestine baru-baru ini berkata, wanita dan kanak-kanak adalah sebilangan besar angka kematian rakyat Palestine disebabkan oleh serangan Israel ke atas rantau yang dikepung itu.-HD/17 Jul 2014 

0 comments:

Post a Comment

http://penburukonline.blogspot.my/