Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, yang berdepan
dengan tekanan untuk meletakkan jawatan sebagai menteri besar Selangor, malam
tadi mendapat suntikan moral daripada perdana menteri yang mengakui boleh
berkerjasama dengan beliau walaupun berbeza fahaman politik.
Datuk Seri Najib Tun Razak berkata: "Walaupun ada perbezaan,
kita boleh bekerjasama dalam banyak hal."
Najib turut berterima kasih kepada Abdul Khalid
kerana menghadiri majlis berbuka puasa bersama rakyat Selangor anjuran pejabat
Pembangunan Persekutuan Selangor di Masjid Tengku Ampuan Jemaah di Bukit
Jelutong di Shah Alam malam tadi.
Kira-kira 2,000 rakyat Selangor menghadiri
majlis itu yang disusuli dengan solat Maghrib, Isyak dan Tarawih.
" (Kehadiran Khalid) ini satu petanda baik,
saya kira," kata Najib. Turut hadir isteri Perdana Menteri, Datin Seri
Rosmah Mansor dan Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan Negeri Selangor Datuk
Seri Noh Omar.
Sejak beberapa bulan lepas, Abdul Khalid
menerima tekanan daripada pelbagai pihak termasuk pemimpin Parti Keadilan
Rakyat (PKR) supaya melepaskan jawatan sebagai menteri besar Selangor. Hasrat 'Langkah Kajang' yang dilihat gagal
menjatuhkan Abdul Khalid sebelum ini, kembali berlaku dalam PKR terutama
selepas beliau gagal mempertahankan kerusinya sebagai ketua Cabang PKR Kuala
Selangor pada pemilihan parti itu baru-baru ini.
Abdul Khalid dilantik sebagai menteri besar
Selangor selepas Pakatan Rakyat memenangi Pilihan Raya Umum ke-12 pada 2008 di
negeri itu.-BernamaMK/11 Julai 2014
0 comments:
Post a Comment