Seorang reporter BBC Arab, Feras
Khatib telah diserang oleh seorang lelaki warga Yahudi Israel yang marah.
Kejadian berlaku pada selasa 22 Julai 2014, Feras Khatib membuat liputan langsung
konflik yang berlaku di Kota Ashkelon, Gaza, sebuah wilayah yang diduduki
Zionis.
Peristiwa itu terakam oleh
jurukamera. ‘Seorang lelaki tiba-tiba mendekati dan menyerang’. Tidak lama
selepas itu, pelaku tersebut terus menghilangkan diri. Walaupun disaksikan oleh
ramai orang namun pelakunya tidak ditangkap.
Meskipun terkejut bukan kepalang, Feras
Khatib kembali meneruskan laporannya. ‘Khatib tidak mengalami kecederaan dan
terus memberikan laporan seperti biasa’, kata seorang Juru bicara BBC, dipetik dari Daily Mail Selasa (23/07/2014).
Ketika melaporkan secara langsung dari kota Ashkelon, Israel, kenyataan yang dibuat oleh Feras Khatib dianggap mengundang kemarahan warga yahudi. Situasi konflik di Gaza terkini mengundang simpati dari semua orang termasuk para wartawan.

Feras Khatib bukan satu-satunya
wartawan yang mendapat tekanan situasi konflik. Sebelumnya,
koresponden Al Jazeera, Wael Al-Dahdouh juga pernah menangis ketika temubual
melalui siaran langsung. Ia diliputi emosi ketika menceritakan serangan pesawat
tempur Israel ke Gaza pada Ahad, 20 Julai 2014.
Kini, serangan-serangan Israel ke Gaza telah memasuki minggu ke tiga telah mengorbankan ratusan jiwa manusia termasuk kanak-kanak dan wanita. Masjid juga turut menjadi sasaran tentera Israel. Jabatan Kesihatan Gaza menyebut 633 telah terkorban.-Edit sumber/Liputan6.com/23 Jul 2014

0 comments:
Post a Comment