KIEV - UKRAINE.
Pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 yang membawa 295 penumpang didakwa
ditembak ketika dalam penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur di sempadan
timur Ukraine, malam tadi (waktu tempatan).
Agensi berita Rusia
Interfax-Ukraine melaporkan Penasihat Menteri Dalam Negeri Ukraine, Anton
Herashchenko sebagai berkata, seramai 280 penumpang dan 15 kru maut dalam
kejadian itu. Sementara itu,
menurut twitter MAS, pesawat berkenaan terputus hubungan ketika berada di ruang
udara Ukraine.
Laporan AFP pula
mengatakan pesawat Boeing 777 itu dipercayai ditembak dari darat berhampiran
bandar Shaktarsk dalam wilayah pemberontakan Donetsk. “Pesawat itu hilang
daripada radar pada ketinggian 10,000 meter,” kata laporan itu.
Laporan turut
memetik, kejadian mempunyai kaitan dengan pemberontak dan krisis politik di
negara itu. Berita itu disahkan
oleh Jabatan Penerbangan Awam (DCA) selepas menerima laporan dari Ukraine.-SH
0 comments:
Post a Comment