Sebuah pesawat penerbangan domestik TransAsia
Airways terhempas ketika cuba mendarat di sebuah pulau perairan barat Taiwan
yang dilanda taufan dan membunuh 47 penumpang, kata pihak Pentadbiran
Aeronautik Awam Taiwan. Pesawat ATR 72 berkapasiti 70 penumpang itu
terhempas berhampiran landasan pulau Pescadores, wilayah Penghu dengan 54
penumpang dan empat anak kapal," kata badan itu.
"Situasi kelam-kabut di tempat
kejadian," kata pengarahnya Jean Shen kepada Reuters. Seramai 11 yang tercedera telah pun dibawa ke
hospital, menurut kerajaan Taiwan. Tiada lagi maklumat diketahui setakat ini.
Taufan Matmo melanda Taiwan hari ini membawa
hujan lebat dan angin kencang sehingga sekolah dan pusat perniagaan ditutup.TransAsia Airways adalah syarikat penerbangan
Taiwan dengan 23 pesawat Airbus dan ATR yang kebanyakannya memberi perkhidmatan
domestik tetapi mempunyai beberapa laluan antarabangsa ke Jepun, Thailand,
Kemboja dan beberapa destinasi Asia yang lain. Majlis Keselamatan Penerbangan Taiwan berkata selain insiden hari
ini, TransAsia terlibat dalam lapan insiden sejak 2002, dengan enam daripadanya
melibatkan ATR 72.-MK/24 Jul 2014
0 comments:
Post a Comment