Sponsor

Monday, July 7, 2014

Berita Perletakan Jawatan Menteri Besar Selangor Disahkan Palsu...


Agensi Berita Nasional (Bernama) melalui laman mikro Twitter memaklumkan pihaknya mengesan ada pihak tertentu menggunakan namanya untuk menyebarkan berita palsu mengenai peletakan jawatan Menteri Besar Selangor.

Hari ini beberapa agensi media berhadapan kekeliruan berkenaan penyebaran SMS palsu melalui aplikasi Whatsapp yang menggunakan nama Bernama.

Mesej palsu itu dinafikan Sekretariat Akhbar Pejabat Menteri Besar Selangor.

Sejak malam Ahad, sistem Whatsapp pengamal media dipenuhi dengan maklumat palsu mengenai kononnya Abdul Khalid akan mengadap DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah bagi menyerahkan surat peletakan jawatannya.

Kesan daripada penyebaran berita ini, para wartawan berkumpul di hadapan Istana Mestika, Shah Alam dan Istana Alam Shah, Klang hari ini lantaran penyebaran khabar angin Khalid Ibrahim akan meletakkan jawatan.-SK/7Jul 2014



Dalam perkembangan yang sama
Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menggesa pihak yang yang menyebarkan berita palsu berkenaan jawatan Menteri Besar Selangor supaya menghentikan perbuatan itu.
Abdul Khalid berkata dakwaan itu tidak benar kerana hari ini beliau pada sebelah pagi mempengerusikan Mesyuarat Jabatan Perancang Bandar dan Desa di SUK 2, Shah Alam.
Kenyataan Abdul Khalid Ibrahim itu sekali gus menafikan berita tersebar kononnya beliau bakal meletakkan jawatan, hari ini.-SK/7 Jul 2014

0 comments:

Post a Comment

http://penburukonline.blogspot.my/