Sponsor

Wednesday, July 30, 2014

Kontroversi Serbuk Kari Dan Patung Dewi....

Kira-kira 150 orang berhimpun di Dataran Brickfields pada jam 1 petang hari ini bagi mendesak supaya tindakan diambil terhadap seorang pendakwah bebas dikenali sebagai Shahul Hamid.
Naib Presiden MIC, Datuk M Saravanan yang hadir pada protes itu menuntut PAS menjelaskan sama ada Shahul adalah seorang anggota parti itu selepas beliau didakwa menghina agama Hindu dalam satu ceramahnya di Shah Alam, Februari lalu. "Jika ia benar, PAS mesti mengambil tindakan terhadapnya," kata Saravanan (kiriyang mendakwa "diberitahu" akan perkara itu.
Satu klip video ceramah Shahul Hamid memaparkan beliau menyeru umat Islam agar tidak membeli serbuk kari daripada pembekal "Hindu" seperti syarikat Alagappas dan Baba's tersebar secara meluas baru-baru ini.

"Jika anda pergi ke kilang Alagappas terdekat Permatang Pauh, akan ada patung (dewi) di pintu masuk dan lidah keluar."Mengapa lidah keluar? Kerana dewi mesti rasa semua serbuk kari sebelum mereka menjualnya," Shahul berkata demikian dalam video tersebut.


Shahul kemudian memuat naik satu rakaman video permohonan maafnya di Facebook dan menjelaskan bahawa kenyataan itu dibuatnya pada satu majlis tertutup.Beliau juga tidak menyangka videonya itu akan disebar meluas dan menimbulkan kontroversi.-MK/30 Jul 2014

0 comments:

Post a Comment

http://penburukonline.blogspot.my/