Penasihat
AS yang ditugaskan membantu Regim Iraq dalam menghadapi tentangan daripada Mujahidin mengatakan bahawa tentera Iraq
sebenarnya mengalami krisis dalaman. Mereka kekurangan peralatan dan mengalami ‘kehancuran
psikologi’ dalam menghadapi serangan daripada pejuang Mujahidin. Keadaan ini
memungkinkan mereka tidak akan dapat menawan kembali wilayah-wilayah yang
dikuasai Pejuang Mujahidin selama berbulan-bulan bahkan katanya mungkin memakan
masa untuk bertahun-tahun.
Tentera
Iraq sudah mencapai tahap ‘kekecewaan dan putus asa’ yang tinggi sehinggakan
Perdana Menteri Iraq, Nouri al-Maliki terpaksa menawarkan kepada para sukarelawan
Syiah dan dibekali sedikit peralatan ketenteraan bagi melindungi sejumlah
Wilayah yang menjadi sasaran pejuang Mujahidin.
Mantan
Penasihat Tentera AS di Iraq, Rick Brennan berkata,.. ‘apa yang terjadi ketika
ini bahawa Tentera Iraq tidak memiliki kemampuan untuk mempertahan dirinya,
jika kita tidak bisa menemukan cara yang tepat, saya fikir kita akan melihat awal
dari disintegrasi Iraq’..tegasnya..
Mantan
Duta Besar AS untuk Iraq, James Jeffrey mengatakan bahawa masalah
mendasar bagi tentera Irak adalah kekuatan sektarian.
Hal itu kemudian dikombinasikan dengan fakta bahawa tentera Iraq memiliki jenderal yang ‘menjilat,
korupsi serta memiliki moral
rendah’. Mereka tidak melakukan banyak latihan
ketenteraan. Mereka tidak
memiliki peralatan dan keterampilan seperti
yang dimiliki Pejuang Mujahidin.
‘Krisis moral pentadbiran
ketenteraan Iraq adalah hasil dari korupsi, kepemimpinan
dan perisikan yang buruk dan sangat kurangnya perhatian terhadap pelatihan’,.. kata mantan
penasihat AS kepada Angkatan
bersenjata Iraq.
Jurubicara Pasukan Keamanan Kurdi, Jabar Yawar yang
mengawal di barisan hadapan antara wilayah semi-autonomi Kurdistan-Mosul (yang
diduduki Mujahidin) turut menafikan bahawa Tentera Iraq sedang menyusun kembali
kedudukan di daerah itu. Katanya.. ‘Di Daerah mosul dan Daerah Salahuddin,
tidak ada tentera Iraq atau polis atau apapun, dan setiap hari tampaknya
Mujahidin menguasai lebih banyak Wilayah dan memperluas pengawasan kedesa-desa
dan disepanjang perbatasan Iraq dengan Suriah’..
Kata Yawar lagi,.. ‘Tidak ada perlawanan dari tentara Iraq kerana mereka tidak memiliki nasionalisme, tidak ada kepemimpinan’.. katanya... ‘Tidak ada perlindungan bagi bangsa ini’ tegas Yawar dengan nada mengecewakan...Copy & Edit/Arrahmah.com
0 comments:
Post a Comment