Geram....!
Berang kerana kereta
baharunya dilanggar, seorang wanita bertindak mengamuk sambil memukul kenderaan
yang melanggarnya dengan pengunci stereng.
Menurut sebuah portal, kejadian dipercayai berlaku di Kuantan. Insiden bermula apabila seorang lelaki warga emas terlanggar kereta wanita itu dari belakang.
Kejadian kemudiannya sempat dirakam pengguna jalan raya lain malahan 'drama' amukan itu turut menyebabkan trafik di kawasan kejadian menjadi sesak.

Video yang menjadi
viral sejak semalam mendapat pelbagai reaksi pengguna media sosial berhubung
insiden itu.-SH
Wanita Tampar Penguatkuasa..
Georgetown:
Berang tayar keretanya dikunci penguat kuasa Majlis Perbandaran Pulau Pinang
(MPPP), seorang wanita bertindak menampar muka seorang pegawai penguat kuasa
wanita MPPP di hadapan sebuah kedai di Jalan Burma, di sini, malam kelmarin.
Kejadian berlaku pada jam 9.45 malam ketika mangsa
lingkungan 40-an bersama tiga pegawai penguat kuasa MPPP lain melakukan tugas
penguat kuasaan trafik di hadapan kedai berkenaan sebelum mengunci tayar sebuah
kereta yang didapati melanggar peraturan lalu lintas.
Ketua Polis Daerah Timur Laut
Asisten Komisioner Mior Faridalatrash Wahid berkata, ketika mangsa sedang
menjalankan tugas mengunci tayar sebuah kereta Perodua Kenari, dia didatangi
seorang wanita lingkungan 40-an yang dipercayai pemilik kereta berkenaan.
“Ketika mangsa sedang mengunci tayar kereta berkenaan, tiba-tiba seorang wanita dipercayai pemilik kereta itu muncul dan menampar muka mangsa dipercayai tidak berpuas hati dengan tindakan penjawat awam terbabit.

“Suspek turut memarahi penguat kuasa wanita terbabit sebelum menghidupkan
kenderaannya dan beredar dari tempat kejadian,” katanya.-Metro
0 comments:
Post a Comment