Media kyivpost.com dilaporkan berkata, pemberontak di
kawasan nahas berkata, hanya mereka saja yang boleh memasuki kawasan nahas
ketika pesawat itu terhempas di Ukraine.
"Kami isytiharkan dan kami beri jaminan
keselamatan pakar antarabangsa di tempat kejadian sebaik saja Kiev memutuskan
gencatan senjata," kata pemimpin pemberontak kepada kumpulan yang menuntut
Republik Rakyat Donetsk Andre Purgin.
Media BBC melaporkan mayat penumpang yang disimpan dalam ruangan
sejuk beku itu di dalam keretapi pula tidak didedahkan lokasinya.
Kiev berpendapat insiden itu mengakibatkan politik
radikal dengan ‘rundingan aman’ menjadi istilah baru untuk ahli politik
Ukraine. Pemimpin mereka mahu memenangi perang ini di medan
perang dan bukannya di meja rundingan, kata media memetik Maxim Erestavi.
Pemimpin dari Ukraine, Rusia, dan Amerika Syarikat
menuntut gencatan senjata, yang memberikan masa kepada pemberontak menutup
jejak mereka. –MI/21 Julai, 2014.
0 comments:
Post a Comment