Ikatan Muslimin
Malaysia (Isma) menyifatkan gadis Melayu yang menyertai DAP dipergunakan
bagi melihatkan parti itu mesra kepada Melayu dan Islam.
Naib Presiden Isma Abdul Rahman Mt Dali berkata, tindakan DAP berkenaan seolah-olah tiada lagi gadis Cina dalam parti itu yang perlu dihargai untuk ditonjolkan.
“Dalam pimpinan DAP mana ada orang Melayu, tetapi tiba-tiba mereka tonjolkan gadis Melayu yang dibahasakan ‘cun’ seolah-olah tidak ada lagi gadis Cina dalam parti itu untuk ditonjolkan. “Begitu sekali DAP cuba memperdayakan anak muda. Saya katakan ia taktik yang sangat menjijikkan apabila DAP menggunakan gadis Melayu untuk menjadi topeng kepada wajah bahaya perjuangan parti itu terhadap kedudukan orang Melayu dan agama Islam," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Syefura Othman, atau lebih mesra dipanggil Rara, baru-baru ini mengakui menjadi ahli seumur hidup DAP selepas Dyana Sofya Mohd Daud dipertaruhkan sebagai calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Teluk Intan Mei lalu.
Rara berkata peluangnya dalam DAP lebih cerah berbanding parti lain dalam Pakatan Rakyat (PR) dan mahu menjemput lebih ramai anak muda Melayu menyertai parti itu.-MI/21 Jul 2014

0 comments:
Post a Comment