Media Israel, ‘Walla melaporkan,
keupayaan tinggi sayap tentera Hamas, Brigade Izzuddin Al Qassam menentang
tentera Israel dijalur Gaza dalam beberapa hari ini menjadi satu pukulan yang
menyakitkan bagi Perisikan Israel. Apa yang dialami ketika ini oleh tentera darat
regim Israel sedikit sebanyak berpunca dari kesalahan informasi dan analisa dari
perisikan Perang Israel. Ini adalah kesalahan yang kedua selepas sebelumnya
yang ‘silap’ memperkirakan kemampuan roket-roket milik Gaza. Hal ini
membuktikan Brigade Al Qassam mempunyai kekuatan yang diluar jangkaan
perisikan.
Sebelum ini, perisikan Israel menyangka
bahawa Hamas ketakutan untuk menghadapi tindakan agresif ketenteraan Yahudi
Israel di wilayah Gaza dan berharap ada gencatan senjata segera. Namun sangkaan
mereka meleset. Beberapa hari lalu, Israel menggesa Hamas menerima genjatan
senjata yang ditaja oleh Mesir, namun Hamas menolak gencatan senjata tersebut
yang dianggap merugikan mereka. Hamas meletakkan beberapa syarat bagi memenuhi
gencatan senjata tersebut. Israel begitu Optimis untuk mengalahkan Hamas, namun
sehingga kini terjadi di sebaliknya. Hamas masih mampu bertahan dan bersedia
untuk berhadapan dengan Israel.
0 comments:
Post a Comment