Sponsor

Thursday, July 17, 2014

Kajian - Prestasi Menteri Besar Khalid Ibrahim Membanggakan Rakyat Selangor...


Kajian menunjukkan ramai rakyat Selangor yang gembira dengan prestasi Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. Gambar fail The Malaysian Insider.
Walaupun Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sering diasak melepaskan jawatan menteri besar Selangor, hasil kajian Merdeka Center menunjukkan rakyat negeri itu gembira dengan prestasi kepimpinannya.
Exco Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan Datuk Teng Chang Kim berkata kajian yang dijalankan dari 16 Mei hingga 6 Julai tahun ini menunjukkan 54% responden bersetuju kerajaan negeri berada pada hala tuju yang betul manakala 28% lagi berkata sebaliknya.
"Sebanyak 72% responden berpuas hati dengan kualiti hidup dalam masyarakat manakala 25% lagi tidak.
"Seramai 3,472 responden berpandangan kerajaan negeri berada pada hala tuju yang betul manakala 12% memuji pentadbiran negeri dan 11% lagi gembira dengan pembangunan pesat negeri," katanya pada satu sidang media di Shah Alam, hari ini.
Kajian yang dijalankan ke atas 6,436 responden itu meliputi 8 kawasan pihak berkuasa tempatan (PBT) membabitkan 56% Melayu, 29% Cina dan 14% India. –MI/17 Julai, 2014.

0 comments:

Post a Comment

http://penburukonline.blogspot.my/