Kuala Terengganu: Dua beradik berusia lima
dan tujuh tahun bukan sahaja ditemui kelaparan dan tidak terurus akibat dihalau
ibu bapa, malah seorang daripada mereka turut memiliki beberapa kesan
kecederaan lama disyaki akibat didera.
Kanak-kanak perempuan dan adik lelakinya itu ditemui seorang lelaki yang ternampak dua beradik itu di halaman rumahnya di Kampung Gong Kasim, Merchang, Marang, dalam keadaan menyedihkan pada jam 9 malam, Sabtu lalu. Curiga melihat keadaan dua budak itu, lelaki mendekati mereka sebelum kedua-duanya mengaku sudah dua hari tidak pulang ke rumah kerana dihalau ibu bapa.

Dakwa kena halau
Lelaki itu membawa dua kanak-kanak itu ke Balai Polis Merchang. Polis mendapati kedua-dua mereka mengaku dihalau bapanya berusia 53 tahun dan isterinya yang juga rakyat Thailand, berusia 33 tahun. Dua beradik itu dihantar ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu untuk rawatan lanjut.
Mereka mendakwa berkeliaran di sekitar kampung selepas dihalau keluar rumah, katanya. Susulan laporan dibuat, bapa kanak-kanak itu dan isterinya ditahan di rumah mereka di Kampung Gong Kasim. Suspek yang bekerja sebagai nelayan dan isterinya mengaku mengabaikan dua beradik itu, katanya.-BH/23 Jul 2014

0 comments:
Post a Comment