Menteri Kewangan II, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah
berkata pihak kerajaan masih meneliti mengenai isu tersebut. "Di bawah subsidi yang kita sedang berikan, kita
kecualikan petrol (daripada cukai jualan). Kita laksanakan rasionalisasi
subsidi ke atas RON95 dan diesel. "Jadi kita akan buat
keputusan kemudian sama ada mengecualikan petrol atau tidak (daripada
GST)," kata beliau yang dipetik berkata dalam The Edge hari ini.
Beliau juga berkata subsidi yang diberikan mestilah
memberi manfaat kepada semua. "Apabila kita laksanakan rasionalisasi subsidi,
kita mahu pastikan ia bermanfaat kepada semua. "Kita mahu lihat tahap gaji kepada mereka yang
kita beri subsidi," kata beliau.
Senarai penuh pengecualian cukai dan kadar sifar
barang akan digazet pada Ogos ini, kata Husni.
Sebelum ini, Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli
dilaporkan mendakwa harga bahan api itu akan naik selepas pengenalan GST
pada April tahun depan. Putrajaya bakal mengutip sejumlah RM3 bilion setahun
daripada Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang dikenakan terhadap
pembelian bahan api petrol dan diesel oleh rakyat.
GST pada kadar 6% akan dilaksanakan mulai 1 April
tahun depan bagi menggantikan cukai jualan dan cukai perkhidmatan sedia
ada yang berkadar keseluruhan 16%. –MI/10 Julai, 2014.
0 comments:
Post a Comment