Sponsor

Wednesday, July 9, 2014

Gaza Di Serang Zionis Israel,.. Pemimpin Dunia Hanya 'Kirim' Kutukan..?..

Sekurang-kurangnya 24 warga Palestin terkorban dan lebih 122 orang awam cedera ekoran serangan yang dilancarkan tentera zionis Israel ke Gaza sejak Isnin lalu, lapor web Infopalestina.

Terbaru adalah serangan tengah malam tadi ke atas sebuah rumah di di Beit Hanun, utara Gaza yang mengakibatkan enam sekeluarga warga Palestin terkorban termasuk dua kanak-kanak. Ianya menjadikan jumlah kanak-kanak yang maut dalam serangan tersebut setakat ini adalah enam orang.

Seorang pemuda Palestin juga turut terbunuh dalam serangan udara berasingan di bandar Deir al-Balah di tengah Gaza. Pesawat-pesawat tempur Zionis secara intensif melancarkan serangan udara tanpa henti di seluruh penjuru wilayah Jalur Gaza dengan sengit. Israel telah mengumumkan pelancaran serangan tentera - digelar "Operation Protective Edge" - dengan alasan menyekat serangan roket dari Gaza.

Sementara itu, laporan setakat ini menyebut tentera Israel telah melancarkan 447 roket berat, 374 serangan udara agresif dan 39 bom laut ke atas 111 buah rumah di Gaza. Mereka juga turut mensasarkan beberapa buah masjid dan hospital.
Pejuang Palestin pula khususnya Brigade al Qassam, turut melancarkan serangan balas roket ke kota-kota Zionis.-HD/9 Jul 2014

0 comments:

Post a Comment

http://penburukonline.blogspot.my/