Segamat: “Saya tampil hanya untuk
kepentingan anak tunggal kami yang tidak sempat pun melihat bapanya,” kata
Nabilah Yusra Mohamad Din, 25, bekas isteri Hasni Hardi Parlan, 30, penumpang
pesawat MAS penerbangan MH17 yang terhempas baru-baru ini.
Nabilah Yusra berkata, dia terpaksa tampil memberikan
penjelasan berhubung status arwah selepas beberapa pihak menyatakan arwah masih
bujang sedangkan pernah berkahwin dengannya dan dikurniakan seorang anak.
Katanya, mereka
berkahwin pada Disember 2012 sebelum berpisah September tahun lalu, tetapi
ketika bercerai dia sudah disahkan mengandung dan tertulis dalam sijil
cerainya.
“Selepas berpisah, saya bekerja sebagai jururawat di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) manakala bekas suami bekerja di Belanda sebagai jurutera syarikat perkapalan. “Ketika mendaftar perceraian di Mahkamah Syariah Segamat, arwah pernah berkata ingin melihat anaknya dan dia sepatutnya berbuat demikian ketika pulang 17 Julai lalu.-Metro/23 Jul 2014

0 comments:
Post a Comment