Sponsor

Wednesday, July 16, 2014

Pengganas Minta Wang Tebusan RM 10 Juta Sebagai Syarat Pembebasan...

Kuala Lumpur: Lebih RM10 juta. Itulah nilai tebusan yang didakwa diminta kumpulan pengganas untuk membebaskan anggota polis marin, Zakiah Aliep, 26, yang kini dalam tawanan mereka. Zakiah diculik pada jam 11.10 malam Sabtu lalu, dilaporkan selamat dan kini dalam tawanan kumpulan terbabit yang dipercayai bersembunyi di Selatan Filipina. 
Dalam insiden serangan itu, rakan Zakiah, Koperal Ab Rajah Jamuan maut di lokasi kejadian akibat parah ditembak kumpulan pengganas terbabit. 

Beberapa jam selepas insiden itu, Zakiah dilapor menghubungi isterinya, Sharifah Erna Berson, 22, mendakwa dia selamat dan kini dikawal dan dijadikan tawanan kumpulan terbabit.
Menurut sumber, kumpulan terbabit melakukan rundingan untuk mendapatkan tebusan dan nilai wang diminta bagi pertukaran nyawa Zakiah dilapor melebihi RM10 juta. “Nilai tebusan diminta mesti atau tidak kurang daripada RM10 juta. Selepas itu, mungkin akan ada rundingan daripada pihak kita (kerajaan atau pasukan keselamatan) untuk kurangkan nilai tebusan,” katanya ketika dihubungi Harian Metro, semalam. 
Sumber itu berkata, nilai nyawa untuk seorang anggota pasukan keselamatan sememangnya tinggi berbanding mangsa lain.-Metro/16 Julai 2014 

0 comments:

Post a Comment

http://penburukonline.blogspot.my/