Salah satu dari mayat tersebut jatuh menembusi bumbung rumah Irina Tipunova di kampung tersebut, sebaik selepas pesawat Malaysia Airlines penerbangan MH17 meletup di ruang udara timur Ukraine yang menjadi tempat pertempuran di antara kumpulan pemisah pro-Rusia dan pasukan kerajaan.
"Saya dengar bunyi lolongan dan kemudian
kesemuanya bergegar. Kemudian, objek jatuh bertaburan dari udara,” kata pesara
berusia 65 tahun itu di hadapan rumahnya.
"Kemudian saya dengar bunyi yang kuat
dan dia jatuh di dapur, bumbung saya rosak,” katanya yang menunjukkan lubang
besar yang terhasil apabila ditembusi oleh mayat tersebut. Mayat wanita tidak berpakaian itu masih
terdampar di dalam rumahnya, di sisi sebuah katil.
Kira-kira 100 meter dari rumah Tipunova,
puluhan lagi mayat bergelimpangan di ladang gandum, tempat pesawat itu jatuh
pada hari Khamis, membunuh kesemua 298 di dalam penerbangan tersebut.
MK/19 Jul 2014
0 comments:
Post a Comment