Seorang anggota Parlimen Inggeris dari Partai Liberal
Demokratik Inggeris, David Ward dikritik hebat setelah menulis melalui akaun
Twitternya bahawa beliau akan menembakkan roket kearah Israel jika dia tinggal
di Wilayah Palestin.
Dalam tulisan nya itu, beliau berkata,.. ‘Pertanyaan
besarnya adalah, jika saya tinggal di Gaza apakah saya akan menembakkan sebuah
roket ? - Mungkin ya’,.. seperti dilansir stesyen tv Al Arabiya, Rabu (23/7).
Beberapa pengguna di media sosial menyerukan pemimpin Parti
Liberal Demokratik itu yang juga Wakil Perdana Menteri Inggeris Nick Clegg
untuk menggantung Ward dari parti, sementara komen lainnya menggambarkan
komentar Ward sebagai hasutan untuk melakukan keganasan.
Pemimpin Parti Liberal Demokratik turut
mempertikaikan komentar David Ward dan mengatakan .. ‘Kami benar-benar mengutuk
komentar David Ward, mereka tidak mewakili Parti Liberal Demokratik’, kata
pernyataan dari sumber parti... ‘Parti melihat masalah ini dengan sangat serius
dan akan diperlakukan sebagai masalah kedisiplinan’..Pelbagai sumber/M.com
0 comments:
Post a Comment