Pihak
berkuasa keselamatan di Masjidil Haram minggu lalu menahan seorang lelaki
berusia 40 tahun kerana memakai pakaian aneh dan luar biasa.
Jurucakap polis, Leftenan Kol Atti Al-Qurashi berkata
individu itu ditahan ketika memasuki masjid berkenaan pada Selasa lalu memakai
pakaian lain daripada yang lain menyebabkan ramai jemaah berkumpul di
sekelilingnya untuk mengambil gambar.
Ia menyebabkan
kesesakan dan mengganggu jemaah lain untuk beribadah.
Menurut Atti, lelaki berkenaan enggan untuk menukar pakaian yang bersesuaian malah turut datang ke masjid pada keesokannya dengan pakaian yang sama.
Ia menyebabkan anggota keselamatan
menahan lelaki berkenaan dan merujuk kesnya kepada Biro Siasatan dan Pendakwaan
untuk tindakan lanjut. - Agensi
Menurut Atti, lelaki berkenaan enggan untuk menukar pakaian yang bersesuaian malah turut datang ke masjid pada keesokannya dengan pakaian yang sama.
0 comments:
Post a Comment