Kuantan:
Warga emas yang menjadi mangsa seorang wanita bertindak ganas ketika kemalangan
di parkir Pusat Transformasi Bandar (UTC) pada Isnin lalu tidak akan mengambil
tindakan undang-undang terhadapnya malah bersedia memaafkan wanita itu.
Pesara kerajaan, Sim Siak Hong, 68, berkata, dia hanya
membuat laporan polis berhubung kemalangan itu namun enggan melaporkan kejadian
wanita itu bertindak ganas terhadapnya walaupun diminta pihak berkuasa untuk
berbuat demikian.
"Saya
menganggap dia bertindak demikian mungkin didorong perasaan marah kerana saya
melanggar keretanya.
"Walaupun
trauma dengan kejadian itu saya tetap memaafkannya dan berjanji tidak akan
melaporkan tindakan kekerasannya kepada polis malah dia juga sudah memohon maaf
kepada saya," katanya ketika ditemui di sini, sebentar tadi.
Kemalangan kecil yang berlaku kira-kira
jam 1 petang itu menyebabkan wanita berusia 30 tahun itu naik darah dan
bertindak memaki Siak Heong dengan perkataan kasar serta berbaur perkauman. Malah
wanita itu turut bertindak memukul kenderaan Siak Heong menggunakan pengunci
stereng.-Metro/16 Julai 2014
0 comments:
Post a Comment