RIO
DE JANEIRO - Ejen penyerang sensasi Brazil, Neymar, Wagner Ribeiro mengkritik
jurulatih, Luiz Felipe Scolari selepas skuad A
Selecao dibelasah 1-7 oleh
Jerman pada aksi separuh akhir kempen Piala Dunia 2014 di Stadium Mineirao,
Belo Horizonte kelmarin.
Ribeiro menuduh Scolari sebagai seorang
yang sombong serta menjijikkan kerana kekalahan tersebut merupakan yang
terbesar dialami Brazil sejak tewas 0-6 kepada Uruguay pada tahun 1920.
Media di Brazil melaporkan bahawa
kekalahan itu memberikan gambaran yang buruk kepada imej bola sepak negara dan
Scolari kerana ia berlaku di hadapan jutaan para penyokong sendiri.
Berang
dengan kekalahan tersebut, Ribeiro menghamburkan kata-kata kesat ke atas
Scolari menerusi enam status di akaun Twitternya. "Scolari pernah menjadi jurulatih
Portugal dan tidak memenangi apa-apa. "Menyertai Chelsea tetapi dipecat
beberapa hari berikutnya. "Akan melatih pasukan Uzbekistan. "Kembali ke Brazil dan melatih
pasukan hebat, Palmeiras tetapi membawa kejatuhan kepada pasukan itu sehingga
ke divisyen dua. "Meninggalkan kelab itu, 56 hari
sebelum tamat musim dengan alasan untuk mengelak daripada penyingkiran. "Sombong,
menjijikkan, berlagak dan tidak masuk akal," katanya menerusi akaun Twitternya.
Scolari turut menerima kritikan yang
hebat daripada seluruh penyokong Brazil dan dijangka akan menamatkan tugasnya
pada akhir kejohanan itu biarpun beliau enggan meletak jawatan.-Agensi/Metro 11
jul 2014
Wajah-wajah Duka Penyokong Brazil..
0 comments:
Post a Comment