BELO HORIZONTE: Jerman mencalar maruah
Brazil, sebentar tadi apabila membelasah tuan rumah itu 7-1 untuk layak ke
final Piala Dunia pada hari yang menyaksikan Miroslav Klose melakar rekod baru
muncul penjaring terbanyak sepanjang zaman dalam temasya global ini.
Belum pernah Brazil menanggung kekalahan besar seperti ini dalam mana-mana kejohanan antarabangsa dengan benteng rapuh sebegini ketika membenarkan jentera serangan Jerman menjaringkan empat gol dalam tempoh 18 minit pertama babak pertama dengan tiga daripada hanya dalam 179 saat sahaja.

Thomas
Mueller membuka tirai jaringan pada minit ke-11, Klose selepas 23 minit untuk
mengumpul jumlah gol peribadi dalam Piala Dunia kepada 16. Toni
Kroos menambah derita dengan gol minit ke-24 dan 26, Sami Khedira (m-29) dan
pemain gantian, Andre Schuerrle menambah dua lagi selepas rehat (m-69 dan 79).
Oscar
menyumbat gol sagu hati Brazil pada minit ke-90. - AFP
0 comments:
Post a Comment