PERDANA Menteri Australia, Tony Abbott mengingatkan waris penumpang
warganegara itu, mereka mungkin terpaksa menunggu berminggu-minggu sebelum
mayat ahli keluarga mereka yang terlibat nahas MH17 boleh dibawa pulang.
Memetik Sydney Morning Herald, Abbott berkata, walaupun usaha membawa keluar mayat sedang dijalankan namun ia mungkin mengambil masa."Bagaimanapun saya mesti mengingatkan ini mungkin mengambil masa berminggu-minggu dan bukannya beberapa hari akan datang," ujarnya.

Pesawat MH17
dipercayai ditembak jatuh di timur Ukraine pada Khamis lepas.Operasi membawa
keluar mangsa yang terkorban menjadi sukar apabila lokasi nahas dikawal oleh
kumpulan pemisah pro-Rusia. Menurut Malaysia
Airlines, 27 daripada 298 penumpang yang berada dalam pesawat malang itu ialah
warganegara Australia.
Abbott pada sidang
media sama mendesak Rusia memberikan kerjasama dalam membantu siasatan kes ini
dan mengingatkan negara itu agar tidak cuci tangan.-SH/20 Jul 2014
0 comments:
Post a Comment