Askar Perancis semalam menemui salah satu dari dua kotak hitam pesawat Algerie Air yang terhempas di wilayah bergolak di utara Mali sekali gus meragut kesemua 116 penumpang dan anak kapalnya.Presiden Perancis, Francois Hollande berkata, kotak hitam itu ditemui di celah-celah bangkai pesawat di wilayah Gossi berhampiran sempadan Burkina Faso dan ia telah dibawa ke Goa, di mana pasukan penyiasat Perancis berpangkalan.
"Tiada penumpang yang terselamat. Saya berkongsi kesedihan semua keluarga yang melalui pengalaman pahit yang amat dahsyat ini," katanya. Hampir sebahagian daripada penumpang atas kapal terbang berkenaan adalah warga Perancis, dengan kebanyakan mereka dalam perjalanan ke Eropah selepas tiba di bandar Algeria dari Burkina Faso. - AP
0 comments:
Post a Comment