Gambar yang menunjukkan seorang lelaki berbaju kurta putih mengangkat jari telunjuk kanan seolah-olah memberi amaran kepada wanita berkenaan sambil diperhatikan pekerja pasaraya berkenaan.
Mempunyai raut wajah negara Asia Timur,
baju kaftan bercorak pelangi yang dipakainya itu seperti dicetak dengan
ayat-ayat dari Surah Al-Fatihah.
Identiti dan motif wanita memakai
pakaian berkenaan bagaimanapun masih belum diketahui awam.
Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu
Bakar mengesahkan pihaknya mula menyiasat kes seorang wanita memakai baju
bertulis ayat Al-Quran yang gambarnya tersebar luas di media sosial sejak
semalam.
Khalid berkata hasil siasatan awal
mendapati wanita itu warga Korea yang baru tiba di Malaysia dan memakai pakaian
yang dibelinya di India.
“@PDRMsia sudah mula siasat kes ‘makcik’
tu. Dia Korean, baru sampai sini, beli baju tu di India. Biar kita siasat
lanjut. Semua bersabarlah,” katanya melalui akaun Twitter miliknya @KBAB51.
Beliau menegaskan pihaknya tidak akan
berkompromi dengan kes itu dan akan bertindak mengikut undang-undang tanpa
mengira bangsa dan keturunan.
"Semua kesalahan akan disiasat
tanpa mengira bangsa dan keturunan. Kita semua perlu hormat kepada sistem
undang-undang kita," jelasnya.
Gambar wanita pertengahan umur memakai
baju tertera ayat Al-Quran ketika sedang membeli belah di sebuah pasaraya di
sini mula tersebar dan menimbulkan reaksi sensitif masyarakat tempatan di
negara ini.-TMI/20 Jul 2014
0 comments:
Post a Comment