Pengarah Strategi PKR Rafizi
Ramli menafikan dakwaan dirinya dalang menyebarkan SMS palsu mengatakan Menteri
Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim akan meletakkan jawatan sebagai
ketua eksekutif negeri minggu lalu.
Rafizi sebaliknya menuding jari kepada ahli Umno yang
mengaku sebagai ahli PKR dan memburukkan parti itu menggunakan akhbar
Utusan Malaysia dan TV3.
"Laporan itu tidak benar. Saya tidak hantar
sebarang SMS. Kita ambil masa hendak sahkan laporan itu betul datang daripada
ahli PKR atau tidak," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat PKR di Petaling
Jaya, hari ini.
Pakatan Anak Selangor Menyokong
Menteri Besar (Pasmeb) Sabtu lalu membuat laporan polis terhadap Rafizi yang
juga ahli Parlimen Pandan, Ahli Parlimen Kuala Langat Abdullah Sani Abdul
Hamid, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Batu Caves Amirudin Shari dan Adun
Seri Muda Shuhami Shafie sebagai dalang di sebalik penyebaran berita palsu itu.
"Ini adalah jalan biasa yang digunakan lawan
politik kami, maknanya kalau ada apa-apa isu mereka akan gunakan individu yang
tidak dikenali untuk buat laporan polis.
"Jadi tidak perlulah saya layan kerana itu adalah
permainan biasa lawan politik kami," katanya. – MI/14 Julai, 2014.
0 comments:
Post a Comment