BURKINA FASO.
Pesawat Air Algerie yang hilang awal semalam dengan 116 orang di dalamnya
ditemui terhempas di Mali, berhampiran sempadan Burkina Faso. Perkara itu
dilaporkan penyelaras unit krisis di Ouagadougou. "Kami sudah
menemui pesawat Algeria. Bangkainya sudah di kenal pasti lokasinya... 50
kilometer di utara sempadan Burkina Faso di Wilayah Gossi, Mali," kata
Jeneral Gilbert Diendiere dari Tentera Burkina Faso, lapor AFP.
Semalam pesawat
penumpang itu dilaporkan terputus hubungan dengan syarikat penerbangan 50 minit
selepas ia berlepas. Seorang pegawai
syarikat penerbangan itu berkata, separuh daripada jumlah penumpang merupakan
warga Perancis.
Seorang wakil Air Algerie di Burkina Faso, Kara Terki pada sidang media berkata, kesemua penumpang yang menaiki pesawat itu dalam penerbangan transit sama ada ke Eropah, Timur Tengah atau Kanada. Beliau berkata, senarai penumpang termasuk 50 warga Perancis, Burkinabe (24), Lebanon (8), Algeria (4), Luxembourg (2), Belgium (1), Nigeria (1), Ukraine (1) dan Romania (1).-SH/25 Jul 2014

Komen TS...
Kecelakaan yang melibatkan pesawat komersial dalam masa seminggu.
Bermula dengan Pesawat milik MAS penerbangan MH17 terhempas disempadan Russia/Ukraine dipercayai ditembak jatuh. Tragedi yang berlaku pada 17 Julai 2014 telah mengorbankan 283 Penumpang dan 15 anak kapal (298 nyawa terlibat).
Pada 23 Julai 2014, sekali lagi Dunia dikejutkan dengan terhempasnya pesawat ATR 72-500 milik TransAsia Airways. Pesawat Domestik ATR 72 berkapasiti 70 penumpang itu terhempas berhampiran landasan pulau Pescadores, wilayah Penghu, Taiwan. Tragedi ini dipercayai telah mengorbankan 51 penumpang.
Pada 24 Julai 2014, Pesawat Air Algerie yang hilang awal semalam dengan 116 orang di dalamnya ditemui terhempas di Mali. Air Algerie dilaporkan terputus hubungan dari radar selepas 50 minit berlepas dari Burkina Faso.Tragedi menyebabkan semua penumpang termasuk anak kapal maut.
Tragedi melibatkan tiga Pesawat Kormersial ini mencatatkan 465 Kematian dalam masa seminggu.
0 comments:
Post a Comment