Sponsor

Monday, July 21, 2014

PM Israel Rasa ‘Tercabar’ Atas Kematian Banyak Anggota Tentera Dalam Menghadapi Briged Al Qassam, Hamas...

Israel mengesahkan bahawa 13 anggota tenteranya mati sejak Sabtu malam, kerugian terbesar dalam satu hari untuk tentera Israel dalam beberapa tahun terakhir.
Jumlah yang terkorban untuk Angkatan Pertahanan Israel (IDF) lebih tinggi dari pertempuran selama tiga minggu pada masa Operasi Cast Lead pada 2008-2009, terakhir kali Israel mengirim pasukan darat ke Gaza.
Jumlah tentera Israel yang mati dalam serangan ketika ini menjadi 18 orang .
Kematian begitu banyak tentera dalam satu hari sangat mengejutkan masyarakat Israel, kata wartawan BBC Chris Morris melaporkan dari Israel selatan.
Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu bersumpah untuk melanjutkan operasi di Gaza “sebanyak yang kita mahukan” walau terdapat banyak lagi kematian..Ia mengatakan pemerintah Israel ketika ini merasakan “sakit yang mendalam” atas kematian tenteranya, dan mengatakan Hamas-lah yang  bertanggung jawab atas peperangan di Gaza.
Sementara itu dalam satu sumber Hamas menyatakan bahawa mereka telah menawan seorang tentera Israel ketika pertempuran di Jalur Gaza.
Berbicara di stesyen TV Hamas, juru bicara al Qassam yang bertopeng dengan julukan nama Abu Ubaida, mengatakan “kami telah menangkap seorang tentara Zionis, Prajurit Israel yang bernama Shaul Aaron telah berada di tangan Al Qassam,” tambahnya.
AFP dalam laporanya mengatakan, ada perayaan di jalan sekitar kota Tepi Barat Ramallah dan Hebron menyusul pengumuman Brigade Ezzedine al-Qassam tentang tawanan tersebut dan rakyat Palestin menembak senjata ke udara sebagai sokongan untuk Hamas.
Brigade Al Qassam mengatakan tentera Israel itu ditawan 24 jam sebelum penyergapan terhadap pasukan Israel di daerah Tuffah ditimur Kota Gaza.
Juru bicara Hamas Sami Abu Zuhri dalam sebuah kenyataan berkata, “Pengumuman oleh Al Qassam dari penangkapan seorang tentera Zionis adalah kemenangan besar sebagai balas dendam atas darah para Syuhada,” katanya.-pelbagai sumber

0 comments:

Post a Comment

http://penburukonline.blogspot.my/