Johor
Bahru: “Sejak dapat tahu dan sepanjang perjalanan, mereka sangat gembira dan
beriya-iya mahu berbuka puasa dan tinggal di hotel. Apabila tiba di sini dan
berasakan diperdaya, ada antara mereka menangis kerana kecewa.
“Saya tidak tahu apa salah anak yatim dan anak dari
keluarga kurang berkemampuan hingga ada pihak tertentu sanggup menganiaya
mereka Ramadan ini,” kata Amirah Ariffin, 47, semalam. Amirah antara lapan
pengiring peserta rombongan yang menempuhi perjalanan sejauh 354 kilometer bagi
menyertai majlis penyampaian sumbangan dan berbuka puasa di Hotel Berjaya
Waterfront di Jalan Ibrahim Sultan, Stulang Laut di sini, kelmarin. Menurutnya,
75 peserta rombongan berusia lima hingga 18 tahun terdiri daripada anak yatim
dan anak keluarga kurang berkemampuan dari Kampung Batu 11, Jalan Pahang Lama,
Gombak di Selangor.
Katanya, rombongan diaturkan
pengurusan Surau Silaturrahim di kampung itu selepas menerima jemputan lelaki
mengaku urusetia majlis meraikan anak yatim dan kurang berkemampuan di hotel
berkenaan.
“Lelaki bergelar Faiz menghubungi saya Isnin lalu (21 Julai) meminta kerjasama
mengumpul 75 anak dari keluarga miskin dan anak yatim untuk dibawa ke Johor
Bahru di mana majlis itu dikatakan bakal diadakan pada 23 Julai (kelmarin). “Saya dan sukarelawan surau bersyukur lelaki itu menyatakan niat murni
pengurusan hotel menaja kemudahan pengangkutan, penginapan dan makanan,”
katanya.
Amirah berkata, dia yakin terhadap lelaki itu kerana menyatakan pernah bertemu lima tahun lalu ketika dia bekerja di sekolah pondok di Gombak. “Saya juga tidak mencurigainya kerana memanggil saya menggunakan nama timangan iaitu Makmi.
“Kali terakhir kami menghubungi Faiz ketika dalam perjalanan iaitu jam 11 pagi kelmarin dan kami pelik kerana selepas dua jam, dia mematikan telefon. “Sebaik tiba di lobi hotel pada 2.30 petang, saya dimaklumkan tiada tempahan bilik hotel atau penganjuran majlis.
“Kami buntu kerana tidak memiliki sumber kewangan menguruskan penginapan dan makanan peserta hingga terpaksa memaklumkan kejadian kepada pihak hotel dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM),” katanya yang bertolak pulang ke Gombak jam 12 tengah hari, semalam.
Sementara itu, seorang peserta rombongan, Muhammad Hishamuddin, 17, berkata, dia dan rakannya tidak menyangka diperdaya pihak tertentu. “Ini kali pertama saya menjejak kaki ke hotel. Saya berterima kasih kerana pengurusan hotel bersimpati dengan nasib kami dan menawarkan penginapan sehari, makanan serta kemudahan bas untuk pulang,” katanya.
Seorang lagi peserta rombongan, Anis Atika, 8, berkata, dia dan rakan memang berminat menyertai majlis berkenaan selepas menerima kebenaran ibu bapanya. “Malam tadi (kelmarin) saya dan rakan berbuka di hotel dan ia kali pertama kami mendapat peluang begini,” katanya.-Metro/25 Jul 2014

0 comments:
Post a Comment