Rio de
Janeiro (Brazil): Jaringan tunggal Mario Gotze di masa tambahan bawa Jerman
muncul juara piala dunia edisi ke-20 selepas menumpaskan Argentina, di Stadium
Maracana, awal pagi ini. Jerman memperoleh gol emas pada minit ke-113, apabila
Gotze mendada bola selepas menerima hantaran silang daripada Schurrle sebelum
menguis masuk dan menumpaskan Romero.
Argentina beraksi di final selepas kali terakhir
melakukannya pada 1990, ketika mereka tewas 1-0 di tangan Jerman Barat manakala
Jerman kali terakhir pada final 2002, tumpas di tangan Brazil 2-0.
Jerman memulakan
babak pertama masa tambahan dengan baik apabila Schurrle berjaya melepasi
benteng Argentina dan melakukan tolakan tetapi ditampan Romero. Argentina pula meletakkan Palacio -
masuk menggantikan Higuane - sebagai penyerang utama dan dibantu Messi dan
Aguero.Babak kedua menyaksikan penyerang Jerman, Schuerrle, memperoleh peluang terbaik buat pasukannya pada minit ke-37 tertapi ditampan kemas Sergio Romero. Argentina nampak lebih berbahaya pada 45 minit pertama dan penyerang, Gonzalo Higuain adalah antaranya. Penyerang Napoli itu gagal memanfaatkan peluang untuk meletakan Argentina di depan pada minit ke-21 apabila rembatannya tersasar jauh dari gawang Jerman walaupun hanya berdepan Neuer.
Jerman dan Argentina menurunkan kesebelasan utama tanpa melakukan sebarang pertukaran - barisan yang diturunkan pada pertembungan separuh akhir - dengan
Angel di Maria di bangku pemain simpanan. Di Maria tidak beraksi selepas mengalami kecederaan paha ketika Argentina menumpaskan Belgium 1-0, padsa perlawanan suku akhir.
Pemain tengah Benfica, Enzo Perez akan menggantikan Di Maria dan beraksi bersama Javier Mascherano dan Lucas Biglia. Jurulatih Argentina, Alejandro Sabella nampaknya terus memberi kepercayaan kepada barisan depan yang sama diketuai Lionel Messi yang diapit Gonzalo Higuain dan Ezequiel Lavezzi.
Jurulatih Jerman, Joachim Loew pula masih menamakan kesebelasan utama ketika memalulam Brazil 7-1 di separuh akhir.
Pemain
Utama
JERMAN: Manuel Neuer, Philipp Lahm, Jerome Boateng, Mats
Hummels, Benedikt Hoewedes, Bastian Schweinsteiger, Christoph Kramer (Andre
Schuerrle), Thomas Mueller, Toni Kroos, Mesut Ozil, Miroslav Klose.
ARGENTINA: Sergio Romero, Pablo
Zabaleta, Martin Demichelis, Ezequiel Garay, Marcos Rojo, Lucas Biglia, Javier
Mascherano, Enzo Perez, Gonzalo Higuain (Palacio), Lionel Messi, Ezequiel
Lavezzi (Sergio Aguero).
PENGADIL: Nicola Rizzoli (Itali)
Anugerah
Penjaga gol Jerman,
Manuel Neuer dianugerahkan Golden Glove untuk kategori penjaga gol terbaik
Piala Dunia 2014.
Manakala penyerang
Argentina, Lionel Messi dianugerahkan gelaran Golden Ball iaitu pemain perbaik.
Penyerang Columbia, James Rodriguez dapat dianugerahkan Golden Boot, sebagai
penjaring terbanyak dengan mencetak enam gol.
Walaupun gagal
menempatkan diri ke final, Colombia bagaimanapun dianugerahkan Fiafa World Cup
Fair Play di Piala Dunia 2014. Selain itu, pemain
tengah Perancis, Paul Pogba dinamakan Pemain Muda Terbaik Piala Dunia 2014.
Sumber Metro/SH
0 comments:
Post a Comment