Menteri Besar, Tan Sri Khalid
Ibrahim adalah salah seorang contoh pemimpin yang bersikap profesional kerana
tidak mencampur-adukkan tugas parti dan menteri besar.
Ketua Kluster Majlis Perpaduan Nasional (MPN), Prof Dr Mansor
Mohd Noor berkata, Abdul Khalid menunjukkan kematangan politik sebenar dalam
mentadbir Selangor walaupun menghadapi pelbagai serangan politik dan peribadi
mutakhir ini.
“Beliau (Khalid) seorang pemimpin
yang tahu apa yang dilakukan dan beliau bekerja untuk rakyat. Malahan beliau
banyak menyelesaikan banyak isu dan masalah berkaitan dengan rakyat termasuk
isu air. “Beliau tahu tugasnya sebagai seorang pemimpin dan dia
tidak mempolitikkan kehidupan rakyat,” katanya dipetik Sinar
Harian Online, hari
ini.
Mengulas mengenai kehadiran Abdul Khalid di sisi Perdana
Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di salah sebuah majlis berbuka puasa Khamis
lepas, beliau menyifatkan ia adalah satu langkah bijak yang wajar dicontohi
semua pemimpin.
“Ketua yang bertanggungjawab akan mengurus negara dengan baik
tanpa perlu bertelagah sesama sendiri apabila melibatkan isu rakyat,” katanya
lagi.-SK/12 Julai 2014
0 comments:
Post a Comment