Akibat tindakan di luar batas kemanusiaan suaminya pada
jam 9.30 pagi itu, tubuh mangsa terbakar 85 peratus dan kini dirawat di
Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar, Kedah.
Difahamkan,
pasangan itu baru seminggu bernikah di negara jiran, namun mangsa yang
menyambut ulang tahun kelahiran yang ke-23 semalam dibakar suami kerana didakwa
menjalin hubungan sulit dengan lelaki lain.
Jeritan sayu mangsa, Shafikah Ismail meminta tolong dari dalam bilik didengari nenek kepada suaminya yang ketika itu baru pulang dari pasar.
Jeritan sayu mangsa, Shafikah Ismail meminta tolong dari dalam bilik didengari nenek kepada suaminya yang ketika itu baru pulang dari pasar.
Nenek suspek yang enggan dikenali
berkata, mereka sekeluarga sepatutnya mengadakan kenduri kesyukuran sempena
hari lahir mangsa ke-23, semalam, tetapi dikejutkan dengan kejadian di luar
jangkaan.
Menceritakan kembali kejadian, wanita itu berkata, sejurus mendengar jeritan
mangsa dia meluru ke bilik berkenaan dan terkejut melihat badan mangsa sedang
terbakar. “Cucu saya (suspek) juga cuba memadamkan api dengan mengambil air dan
mencurahkan ke badan isterinya, dia juga mengalami kecederaan,” katanya ketika
ditemui di tempat kejadian, semalam.
Menurutnya, mangsa yang berasal dari Johor dipercayai melecur hampir
keseluruhan badan dihantar ke Hospital Tuanku Fauziah (HTF), di sini, dengan
ambulans bagi mendapatkan rawatan. “Mereka berkenalan di sebuah kolej swasta di Perak sebelum bertunang setahun
lalu dan mendirikan rumah tangga lebih awal dengan bernikah di Thailand,
seminggu lalu. “Saya tidak mengetahui punca kejadian itu kerana mereka berdua dilihat mesra
dan tidak mempunyai masalah. Kejadian yang berlaku mengejutkan semua ahli
keluarga termasuk ibu dan bapa cucu saya yang bekerja di Langkawi,” katanya.-Metro
0 comments:
Post a Comment