Seorang Exco Selangor 'meluahkan' kekecewaan beliau berikutan
kemelut kepimpinan Pakatan Rakyat di Selangor. Exco Adat Istiadat Melayu, Belia dan Sukan
Selangor dari PAS Dr Ahmad Yunus Hairi, dalam laman sosial facebook
peribadinya, mempersoalkan tindakan beberapa pemimpin Pakatan Selangor yang
menurutnya, seolah galak dengan agenda tersendiri berbanding membela rakyat
negeri.
"Adakah kini tradisi membela rakyat kini
menjadi agenda terkebawah di dalam keutamaan pimpinan Pakatan Rakyat Selangor
dan agenda perubahan tampuk tertinggi selaku Penguasa Utama Negeri Selangor
menjadi impian dan harapan mutlak untuk penggal kedua pemerintahan Pakatan
Rakyat Selangor kali ini," tulis beliau dalam satu 'post' panjang hari ini.
Kepimpinan Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid
Ibrahim kini dikritik hebat oleh sekutu beliau dalam Pakatan sendiri. Malah beberapa pemimpin PKR secara terbuka
membuat kenyataan mengenai keperluan Khalid mengosongkan kerusi yang
didudukinya sejak enam tahun lalu.
Ahmad Yunus yang dilantik menjadi exco selepas bekas pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Dr Hasan Ali dipecat pasa 2012 tidak menyebut secara spesifik siapakah peminpin yang dimaksudkan. Beliau yang juga ADUN PAS Sijangkang berulang-kali dalam tulisannya mengingatkan kepimpinan Pakatan Rakyat tidak berebut kuasa dan memikirkan perasaan rakyat.
Ahmad Yunus yang dilantik menjadi exco selepas bekas pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Dr Hasan Ali dipecat pasa 2012 tidak menyebut secara spesifik siapakah peminpin yang dimaksudkan. Beliau yang juga ADUN PAS Sijangkang berulang-kali dalam tulisannya mengingatkan kepimpinan Pakatan Rakyat tidak berebut kuasa dan memikirkan perasaan rakyat.
"Ribut apakah yang melanda Pakatan Rakyat
Selangor sehingga menyebabkan kapal yang sudah selesa belayar teroleng-oleng ke
kiri dan ke kanan lalu menyebabkan rakyat menjadi tidak selesa dan muntah
meloya.
"Tidakkah disedari oleh kepimpinan Pakatan
Rakyat Selangor keributan permasalahan dalaman ini secara terbuka boleh
mengundang persepsi meluat dan menyampah di kalangan rakyat Selangor yang akan
menyamakan kepimpinan Pakatan Rakyat kini tidak ubah seperti kepimpinan Barisan
Nasional yang cukup suka berbalah dengan agenda perebutan jawatan," kata
beliau.
Ahmad Yunus meminta agar kesemua pemimpin dari
parti komponen agar tidak terpengaruh dengan taktik musuh politik mereka yang
cuba mengambil kesempatan atas pergaduhan sesama sendiri.
"Apakah tiada cara yang paling baik dan
halus untuk melakukan transisi perubahan sekiranya perlu secara berhemah dan
teratur. Kenapa perlu diributkan sehingga boleh memberikan tanggapan yang salah
kepada rakyat Selangor.
"Adakah kepimpinan Pakatan Rakyat Selangor
kini sedang dihinggapi virus dengki dan iri hati yang menjadi penyakit wajib
pimpinan Barisan Nasional?" soal beliau.
Kelab penyokong kerajaan DUN Selangor sebelum
ini dilaporkan dalam perbincangan untuk mendesak Khalid melepaskan jawatan
menteri besar. Malaysiakini difahamkan sebilangan besar ADUN PKR dan DAP
telahpun bersetuju menolak Khalid sementara PAS mengikut keputusan tertinggi
parti.-MK/14 Julai 2014
0 comments:
Post a Comment