Khalid berkata, tindakan itu juga dibenarkan mengikut
peruntukan dalam enakmen negeri Selangor. "Tak apa, itu dah ada peruntukan dalam enakmen
negeri Selangor.
"Apa pun
boleh dibuat mengikut peruntukan," katanya kepada pemberita semasa majlis
berbuka puasa di Subang Jaya, hari ini, mengulas mengenai spekulasi berhubung
kedudukannya sebagai menteri besar Selangor.Beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut spekulasi jika ada Adun yang akan memberikan sokongan secara terbuka supaya usul itu dibentang dalam Dewan Undangan Negeri (DUN).
Spekulasi timbul hari ini apabila Adun PR termasuk
Kelab Penyokong Kerajaan (BBC) Selangor mengadakan mesyuarat tergempar di Dewan
Annexe di Shah Alam, pagi tadi untuk membawa cadangan supaya usul undi tidak
percaya terhadap Khalid dibawa kedalam persidangan DUN akan datang.
Namun, Pengerusi BBC Mohamed Azmin Ali dan Adun DAP,
Lau Weng San ketika ditanya menafikannya dan menegaskan isu itu tidak
dibangkitkan langsung oleh Adun.
Sebaliknya, mesyuarat hanya membincangkan isu semasa
yang membabitkan Selangor, antaranya isu rampasan Bible, isu Jabatan Agama
Islam Selangor (Jais), dan isu penstrukturan air. "Maaf. Kami tidak membincangkan isu itu,"
kata Lau kepada The Malaysian Insider melalui SMS petang tadi.
Kebelakangan ini, wujud tekanan kuat daripada PR
termasuk pemimpin PKR sendiri yang menggesa agar Khalid berundur daripada
jawatannya kerana gagal mengurus tadbir negeri dan mengendalikan isu
kontroversi dengan baik.
Bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Shamsul
Iskandar Mohd Akin pula dilaporkan berkata, kekalahan Khalid mempertahankan
jawatan Ketua Cabang PKR Kuala Selangor di tangan S Manikavasagam memberi
petanda bahawa beliau perlu berundur dengan kadar segera.
Khalid setiap kali diajukan pertanyaan sama, menafikan
menerima tekanan sedemikian malah menegaskan masih menjalankan tugasnya seperti
biasa dengan kerjasama Exco PR.
MI/8 Julai, 2014.
0 comments:
Post a Comment