Sponsor

Monday, June 2, 2014

Tiada DNA Babi Dalam Produk Cadbury - Antara Jakim Dan KKM, Siapa Yang Patut Keluarkan Kenyataan...?

Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) tetap akan meneruskan kempen boikot ke atas produk keluaran Cadbury Confectionery Sdn Bhd walau ujian Jabatan Kimia tidak menemui DNA babi. Satu kenyataan PPIM menyebut, mereka meneruskan kempen tersebut kerana maklumat awal yang diperolehi berhubung kandungan DNA babi dalam produk berkenaan berpunca dari satu laporan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Keputusan ujian Jabatan Kimia itu diumumkan oleh menteri yang bertanggungjawab ke atas Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) Datuk Seri Jamil Khir Baharom.


"Kami menghormati kenyataan yang dikeluarkan oleh Jakim. Walau bagaimanapun, kami berpendapat pihak yang perlu mengeluarkan kenyataan untuk menafikan wujudnya penemuan DNA porcine dalam produk Cadbury adalah KKM memandangkan tindakan kami bersama NGO lain adalah berdasarkan kenyataan rasmi KKM.

"Ditegaskan di sini bahawa tindakan boikot pengguna diambil berdasarkan kenyataan KKM semata-mata. "Boikot pengguna diteruskan selagi KKM tidak menafikan kenyataan yang dikeluarkan sebelum ini di mana KKM telah mengesahkan DN porcine (dalam sampel produk terbabit)," kenyataan PPIM dipetik.


Kempen itu digerakkan oleh PPIM bersama Persatuan Pemborong dan Peruncit Muslim Malaysia (MAWAR) yang mengumumkan, 800 anggotanya akan menghentikan jualan produk keluaran syarikat induk pengeluar coklat berkenaan.

Sementara itu, jurucakap Cadbury Confectionery berkata mereka menyambut pengumuman dari Jamil Khir hari ini dengan senang hati dan meyakinkan pengguna bahawa produk keluarannya halal. "Kami masih belum menerima laporan rasmi dari Jakim namun kami gembira kerana Jakim mengumumkan bahawa ujian ke atas dua varian cokal itu tidak mengandundi DNA porcine.
"Kami ingin meyakinkan para pelanggan dan pengguna bahawa kesemua produk kami dilabel dengan teliti dan pengguna boleh menikmatinya dengan yakin. "Proses pengeluaran mengikut garis panduan halal Jakim dan turut disijilkan," kata ketua hal ehwal korporatnya, Raja Zalina Raja Safran.-MK/2 Jun 2014

0 comments:

Post a Comment

http://penburukonline.blogspot.my/