Petaling
Jaya: Majlis perkahwinan yang dijalankan mengikut adat dan budaya agama Hindu
tergendala apabila diserbu sepasukan pegawai dan anggota penguatkuasa Jabatan
Agama Islam Selangor (JAIS) kerana didakwa membabitkan seorang pengantin wanita
yang beragama Islam, di sini, pagi tadi.
Tinjauan wartawan Harian Metro ke lokasi majlis di Jalan
SS 1/25 pada jam 10.30 pagi tadi mendapati kira-kira 50 tetamu sudah tiba di
majlis berkenaan sebelum empat pegawai penguatkuasa JAIS tiba untuk melakukan
siasatan.
Bagaimanapun,
keadaan di lokasi terkawal apabila pihak keluarga kedua-dua pasangan pengantin
dan tetamu yang hadir memberikan kerjasama kepada pegawai JAIS di samping
kawalan ketat kira-kira 10 pegawai dan anggota polis di luar kawasan majlis
tersebut.
Menurut sumber, perkahwinan antara
lelaki beragama Hindu dan pasangannya yang dipercayai beragama Islam dijangka
dilangsungkan pada 10.30 pagi dan ia terpaksa dibatalkan selepas pihak berkuasa
mendapat aduan bahawa perkahwinan tersebut melanggar undang-undang.
“Pihak berkuasa menerima maklumat
daripada orang awam bahawa ia (perkahwinan) akan dilangsungkan pada hari ini
dan hasil siasatan mendapati maklumat itu tepat dan serbuan telah dijalankan,”
kata sumber.-Metro/1 Jun 2014
0 comments:
Post a Comment