Sponsor

Wednesday, June 4, 2014

Tunku Temenggong Kedah, Tan Sri Tunku Sallehhuddin Sultan Badlishah diisytihar sebagai Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah Yang Baru..

Tunku Temenggong Kedah, Tan Sri Tunku Sallehhuddin Sultan Badlishah diisytihar sebagai Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah menggantikan Tan Sri Tunku Annuar Sultan Badlishah yang mangkat 21 Mei lalu.

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir berkata, pelantikan itu telah diperkenan Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah dan ia berkuat kuasa bermula 21 Mei 2014. "Bagi pihak kerajaan negeri, saya mempersembahkan ucapan penghargaan dan setinggi-tinggi tahniah ke hadapan Yang Teramat Mulia Tunku Temenggong di atas pelantikan ini," katanya dalam kenyataan di sini Rabu.

Almarhum Tunku Annuar, 75, adalah adinda Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah, mangkat di Hospital Pantai Ipoh, Perak, pukul 12.20 tengah malam 21 Mei lalu.


Pada Disember 2011, Almarhum bersama adindanya, Tunku Sallehuddin dan Tan Sri Tunku Abdul Hamid Thani Sultan Badlishah serta anakanda Sultan Kedah, Tan Sri Tunku Puteri Intan Safinaz Sultan Abdul Halim dilantik menganggotai Jemaah Pemangku Sultan Kedah bagi memastikan pemerintahan negeri berjalan dengan sempurna selepas keberangkatan Tuanku Abdul Halim ke Istana Negara.

Sultan Abdul Halim berangkat ke Istana Negara bagi melaksanakan tugas sebagai Yang Di-Pertuan Agong ke-14 selama lima tahun.-Bernama-
HD/4 Jun 2014

0 comments:

Post a Comment

http://penburukonline.blogspot.my/