Kemunculan jutaan kupu-kupu gergasi
sejak seminggu lepas di bandar ini menimbulkan banyak tanda tanya dalam
kalangan penduduk di sini dan pelancong luar. Serangga bersayap ini dilihat sangat
aktif pada waktu malam dan sering mengurumuni kawasan yang melimpahkan cahaya
lampu amat terang. Malah, ia turut mengerumuni padang
Stadium Darul Makmur ketika perlawanan bola sepak Pahang menentang Johor Darul
Takzim dalam saingan separuh akhir Piala FA Jumaat lepas.
Profesor Entomogi Pusat Pengajian Sains
Kajihayat, Universiti Sains Malaysia Profesor Che Salmah Mat Rawi berkata
serangga 'misteri' ini dikenali dengan nama saintifiknya Lyssa Zampa Docile. Beliau berkata pelbagai teori boleh
dikaitkan dengan kemunculan kupu-kupu termasuk faktor perubahan cuaca yang
menyebabkan peningkatan mendadak serangga itu di bandar ini.
"Lazimnya, serangga ini mendiami
kawasan tanah tinggi tetapi ada kemungkinan ia boleh didapati dengan banyak di
kawasan penanaman atau kawasan pembangunan terutama pada Mei hingga Ogos setiap
tahun. "Serangga yang bersifat nokturnal
ini sangat aktif pada waktu malam dan akan mudah tertarik dengan cahaya lampu.
Pada siang hari, ia akan berehat dan mendiami kawasan teduh dan sejuk seperti
di bumbung-bumbung rumah atau di kaki pokok-pokok besar," katanya ketika
dihubungi di sini.
Prof Che Salmah berkata faktor tarikan
lampu, perubahan cuaca, banyak sumber makanan serta tiada musuh yang mengancam
keselamatan serangga ini turut mempengaruhi kemunculannya. "Walaupun kajian menyatakan
serangga ini tidak beracun, namun ia boleh menyebabkan kegatalan pada kulit
jika disentuh. "Bulu pada kepak serangga ini juga
boleh mengganggu penafasan dan amat sensitif terhadap penghidap penyakit
lelah," katanya. - Bernama/SH
0 comments:
Post a Comment