Sponsor

Sunday, June 1, 2014

Penurunan Jumlah Pengundi Cina Antara Punca Dyana Sofya Kalah PRK Teluk Intan..?..

Penurunan undi Cina kepada DAP mungkin kerana calonnya Dyana Sofya Mohd Daud adalah seorang Melayu , kata Setiausaha Agung parti itu, Lim Guan Eng. Namun, beliau berpendapat akan tiba masanya apabila mereka boleh menerima idea tersebut. Beliau percaya berlaku penurunan 10 peratus sokongan kepada parti itu dalam pilihan raya kecil hari ini..

Bercakap selepas keputusan diumumkan , Lim berkata DAP juga menyaksikan penurunan sokongan daripada semua kaum dalam pilihan raya kecil Teluk Intan.
Beliau menambah ini mungkin disebabkan Dyana "seorang yang muda",  "seorang wanita " dan "seorang Melayu".
Kadang-kadang, katanya, pengundi  tiada biasa dengan keadaan sebegitu. Malah, tambahnya, orang Melayu pun tiada biasa dengan calon-calon wanita yang muda.
Faktor-faktor lain kekalahan parti itu, kata Lim, mungkin kerana jumlah rendah pengundi luar kawasan yang balik mengundi, berbanding pada tahun 2013 serta dakwaan ancaman samseng dan hakikat bahawa Dyana adalah pendatang baru dalam politik. 
Dalam pertandingan yang sengit, Dyana , 27, tewas kepada calon BN Datuk Mah Siew Keong , 53, dengan majoriti tipis 238 undi.Mah memperolehi 20,157 undi manakala Dyana Sofya meraih 19,919 undi.Ditanya sama ada perbalahan dalaman parti menyumbang kepada kekalahan tipis itu, Lim menyalahkan media kerana mewujudkan tanggapan seumpama itu.

Beliau mendakwa semua peringkat dalam parti itu berkempen sebagai satu pasukan.Ditanya jika DAP akan mencabar keputusan itu, beliau berkata peguam parti itu akan meneliti kemungkinan mencabarnya di mahkamah.
"Kami menarima bahawa keputusan memihak kepada BN."Tetapi itu tidak bermakna kita tidak boleh mencabarnya, kita memerlukan masa untuk menilai perkara itu," katanya.
MK/31 Mei 2014

0 comments:

Post a Comment

http://penburukonline.blogspot.my/