Perkara itu dinyatakan sendiri, Exco
Pemuda Umno, Syamsul Baharin Putra Ahmad Shibi selepas melihat Setiausaha Agung
DAP, Lim Guan Eng menyalahkan Dyana Sofya atas kekalahan mereka mempertahankan
kawasan Parlimen Teluk Intan. "Selepas beberapa hari PRK Parlimen
Teluk Intan tamat, masih ramai yang memperkatakan mengenai kehadiran seorang
gadis yang tampak biasa tetapi penuh bersemangat sebagai calon yang mewakili
DAP.
"Malangnya, Guan Eng dengan angkuh
telah memberi pandangan bahawa kekalahan Dyana Sofya adalah disebabkan
ciri-ciri dirinya yang masih muda, seorang wanita dan seorang Melayu,"
katanya dalam satu kenyataan media.
Syamsul Baharin yang juga Ketua Pemuda
Umno Bahagian Ipoh Barat berkata, dia sendiri tertarik dengan penulisan Dyana
Sofya bertajuk 'Satu Jam Bersama Obama', yang menyatakan anak muda harus
mencari platform dengan melibatkan diri bersama kumpulan yang menghargai bakat
dan usaha.
Katanya, pelawaan itu dibuat agar
ciri-ciri yang ada pada Setiausaha Politik Ahli Parlimen Gelang Patah itu dapat
digunakan secara optimum demi 'survival' anak-anak muda Malaysia.
"Semangatnya ketika mengharungi
cabaran PRK cukup mengagumkan walaupun diperlekehkan oleh kepimpinan dan
ahli-ahli DAP umumnya yang berbangsa Cina. Oleh itu silalah meneruskan
perjuangan di tempat asalmu dan tempat ayahanda dan bondamu wahai saudari
Dyana.
"Kami sentiasa menerima mu dalam
Umno Bahagian Ipoh Barat kerana Umno sahajalah parti keramat Melayu yang
memperjuangkan nasib bangsa melayu dan bangsa-bangsa lain di Malaysia, melalui
BN," katanya. – SH/3 Jun 2014
0 comments:
Post a Comment