Kes Liwat II - Anwar Ibrahim

Mahkamah Rayuan berhenti bersidang selepas mendengar penggulungan dari pendakwaraya dan peguam Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam kes liwat II. Pengerusi panel hakim, Datuk Balia Yusof Wahi mengucapkan terima kasih kepada peguam dan pendakwaraya sebelum meninggalkan mahkamah untuk membuat rumusan mengenai kes itu.

Sponsor

Thursday, July 31, 2014

Kemana Haluan PAS Selepas Ini..?..

MENJAWAB pertanyaan di atas, penyokong Pas akan terbelah tiga — ada yang mahu kekal dalam PR, ada yang mahu Pas menyertai BN, dan ada mahu Pas keluar dan berdiri dengan kekuatan sendiri. Bagi yang menyokong untuk keluar, mereka menyatakan Pas yang banyak membantu PR untuk menang besar dalam pilihan raya. Pas yang banyak bertolak ansur dengan onar yang dibuat oleh PKR dan DAP. Pas yang mempunyai sokongan akar umbi yang kuat. Pas yang telah...

Warga Suriah Menyambut Aidil Fitri Dengan Berita Kematian Dari Penjara Regim Basyar...

Suasana Aidilfitri di Suriah kembali menjadi suram dengan kematian terbaru rakyat Suriah akibat disiksa dan dibunuh. Seramai 89 warga Suriah dilaporkan maut dipusat-pusat tahanan Regim Basyar Al Assad. Laporan yang dikeluarkan oleh Lembaga Umum Revolusi Suriah menyatakan dua diantara tahanan yang dibunuh adalah Doktor, sepuluh merupakan kanak-kanak dibawah umur selebihnya warga Suriah yang mengalami penyiksaan berat di pusat tahanan. Laporan turut...

Wednesday, July 30, 2014

Kontroversi Serbuk Kari Dan Patung Dewi....

Kira-kira 150 orang berhimpun di Dataran Brickfields pada jam 1 petang hari ini bagi mendesak supaya tindakan diambil terhadap seorang pendakwah bebas dikenali sebagai Shahul Hamid. Naib Presiden MIC, Datuk M Saravanan yang hadir pada protes itu menuntut PAS menjelaskan sama ada Shahul adalah seorang anggota parti itu selepas beliau didakwa menghina agama Hindu dalam satu ceramahnya di Shah Alam, Februari lalu. "Jika ia benar, PAS mesti...

Bila Lemah Meruntun, Bila Rasa Kuat, Jalannya Pun Mulalah Mendongak..!.

Dari Facebook Mohammad Sanusi Md Noor.. Saya tak berhasrat membuka pekung atau mengungkit. Tapi bila Saifudin dan Rafizi mula mengungkitkan stand mulia PKR di Kedah tentang kerusi MB, saya terpanggil untuk menyatakan bahawa perbandingan situasi Selangor- Kedah itu tidak wajar. PKR tidak berada dalam kondisi yang wajar untuk berbicara siapa patut jadi MB pada masa itu atas banyak faktor, bukan kerana mereka gentleman, mulia atau baik hati. Hari-hari...

Monday, July 28, 2014

[Bergambar] – Demo Dan Simpati Untuk Gaza Dari Warga United Kingdom, Britain..

Ternyata Zionis Yahudi memang biadap. Sampai bila pun mereka tidak akan senang melihat Umat islam Bebas. Mereka sudah tidak memperdulikan kutukan Dunia antarabangsa. Dikota London/Sabtu 26 Julai 2014. Sumber mengatakan paling tidaknya 10,000 penunjuk perasaan membanjiri jalanraya bagi menyatakan Protes terhadap Yahudi Zionis atas tindakan agresif mereka diwilayah Gaza. Bermula dari pintu luar kedutaan Besar Israel di kensinston, penunjuk perasaan...

Sunday, July 27, 2014

PBB Di Perlecehkan Daulah Islam (ISIS).. ‘Daish Akan Menang Dan Emirnya Lebih Penting dari Ban Ki-Moon’...

Nasser Al-Leham, Editor in Cheif pusat Berita Palestin Ma’an dan juga pakar dalam urusan Israel, mengatakan bahawa Pertubuhan Bangsa-Bangsa (PBB) akan berakhir dan akan diganti oleh Daulah Islam (ISIS). Komentar Nasser tersebut bagi mengkritik sikap PBB terhadap tindakan agresif brutal zionis Israel terhadap penduduk Gaza. Nasser berkata dalam  program hariannya yang berjudul “Al-Jaulah fi Ash-Shafah Al-‘Ibariyah” di channel Ma’an pada...

Serang MB, S/Usaha Akhbar MB Sindir Latheefa Sebagai 'Lawyer Datang Bulan'...

Pemimpin lantang PKR Latheefa Koya dikesan melancarkan serangan keras terhadap Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim yang mahu ditukar parti itu dengan presidennya Datuk Seri Wan Azizah Ismail. Bagaimanapun, serangannya itu hanya disindir mudah oleh setiausaha akhbar kepada menteri besar Arfa'eza Abdul Aziz sebagai “lawyer datang bulan”. “Cuba tanya lawyer (peguam) datang bulan itu berapa Selangor contribute (sumbang)...

[Gambar] - Solidariti Untuk Gaza Dari Seluruh Dunia....

...

TGNA - Keruh Di Hulu Selesaikan Di Hulu, Jangan Biar Ia Berhilir, Jangan Keruh Di Hulu Diheret Panjang...

Mursyidul Am PAS Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata beliau menyokong kenyataan Presiden PAS bahawa Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim perlu dikekalkan sebagai Menteri Besar Selangor. Beliau juga sependapat dengan Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang bahawa Abdul Khalid telah melaksanakan tugasnya dengan cemerlang sepanjang sepenggal menerajui pentadbiran negeri itu. "Barangkali beliau ada salah dan silap tidak dapat dinafikan, namun...

Saturday, July 26, 2014

[Gambar] – Bangkai Pesawat Air Algerie Ditemui Berselerakan...

Askar Perancis semalam menemui salah satu dari dua kotak hitam pesawat Algerie Air yang terhempas di wilayah bergolak di utara Mali sekali gus meragut kesemua 116 penumpang dan anak kapalnya.Presiden Perancis, Francois Hollande berkata, kotak hitam itu ditemui di celah-celah bangkai pesawat di wilayah Gossi berhampiran sempadan Burkina Faso dan ia telah dibawa ke Goa, di mana pasukan penyiasat Perancis berpangkalan. "Tiada penumpang yang terselamat....

Mangsa Rogol Di Gantung, Perogol Di Pukul Sampai Mati...

Nandakumar, India: Kejadian rogol yang berlaku untuk kesekian kalinya kelmarin bukan saja meragut nyawa mangsa, malah menyebabkan seorang suspek mati di tangan orang kampung. Dalam kejadian di negeri Bengal Barat itu, mangsa adalah seorang kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun dan mayatnya ditemui tergantung di sebatang pokok di Nandakumar. Sejarah perselisihan faham yang panjang antara keluarga mangsa dan suspek dipercayai mendorong kejadian...

Fitnah Raja Muda Murtad,..Polis Jejak Individu Terlibat Untuk Bantu Siasatan,.. Patut ‘Siasat Juga Betul Ke Fitnah’..?..

KUALA LUMPUR - Polis sedang menjejak individu yang bertanggungjawab menimbulkan kucar-kacir dengan mendakwa Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah sebagai murtad. Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, pihaknya akan menjejak individu terbabit bagi membantu siasatan kerana dakwaan sedemikian boleh menggugat keamanan. Menurutnya, ini merupakan perbuatan yang menjijikkan oleh seorang yang menggunakan media sosial. Pihak istana sudah...

Isu MB Selangor - Pendirian Presiden PAS Seiring Ketetapan Dewan Ulama PAS Pusat..

KOTA BHARU: Dewan Ulamak PAS menyokong pendirian Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berhubung kemelut kedudukan Menteri Besar Selangor. Yang berikut ialah kenyataan penuh Ustaz Datuk Ahmad Yakob, Pemangku Ketua, Dewan Ulamak PAS Pusat: Dewan Ulamak PAS Pusat menyokong penuh sikap dan pendirian Presiden PAS Dato Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang bahawa kedudukan Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor perlu dikekalkan. Kenyataan Presiden...

Friday, July 25, 2014

‘Pulang Hampa’ Selepas Menghadiri Jemputan Majlis Berbuka Puasa Dan Penyampaian Sumbangan..

Johor Bahru: “Sejak dapat tahu dan sepanjang perjalanan, mereka sangat gembira dan beriya-iya mahu berbuka puasa dan tinggal di hotel. Apabila tiba di sini dan berasakan diperdaya, ada antara mereka menangis kerana kecewa. “Saya tidak tahu apa salah anak yatim dan anak dari keluarga kurang berkemampuan hingga ada pihak tertentu sanggup menganiaya mereka Ramadan ini,” kata Amirah Ariffin, 47, semalam. Amirah antara lapan pengiring peserta rombongan...

Presiden PAS... ‘Alasan Tukar MB Tak Kukuh’, Pertahan TSKI Kekal MB Hingga Tamat Penggal...

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini mempertahankan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim untuk kekal sebagai menteri besar Selangor berikutan beliau tidak pernah khianat dalam menjalankan amanah kepada rakyat. "Insya-Allah itu sikap saya dan saya harap seluruh pimpinan PAS akan bersama dengan keputusan ini walaupun ada pandangan berbeza. "Saya sudah dengar semua hujah, kumpulkan sebelum akhirnya saya dapati majoriti kalangan akar umbi...

Bangkai Pesawat Air Algerie AH 5017 Bersama 116 Penumpang Sudah Ditemui...Tragedi Ketiga Dalam Masa Seminggu..

BURKINA FASO. Pesawat Air Algerie yang hilang awal semalam dengan 116 orang di dalamnya ditemui terhempas di Mali, berhampiran sempadan Burkina Faso. Perkara itu dilaporkan penyelaras unit krisis di Ouagadougou. "Kami sudah menemui pesawat Algeria. Bangkainya sudah di kenal pasti lokasinya... 50 kilometer di utara sempadan Burkina Faso di Wilayah Gossi, Mali," kata Jeneral Gilbert Diendiere dari Tentera Burkina Faso, lapor AFP. Semalam...

http://penburukonline.blogspot.my/