Sponsor

Friday, July 18, 2014

Berita – Pesawat MAS Bersama 295 Penumpang Terhempas Di Sempadan Ukraine – Russia..

KIEV - UKRAINE. Pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 yang membawa 295 penumpang didakwa ditembak ketika dalam penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur di sempadan timur Ukraine, malam tadi (waktu tempatan).
Agensi berita Rusia Interfax-Ukraine melaporkan Penasihat Menteri Dalam Negeri Ukraine, Anton Herashchenko sebagai berkata, seramai 280 penumpang dan 15 kru maut dalam kejadian itu. Sementara itu, menurut twitter MAS, pesawat berkenaan terputus hubungan ketika berada di ruang udara Ukraine.
Laporan AFP pula mengatakan pesawat Boeing 777 itu dipercayai ditembak dari darat berhampiran bandar Shaktarsk dalam wilayah pemberontakan Donetsk. “Pesawat itu hilang daripada radar pada ketinggian 10,000 meter,” kata laporan itu.
Laporan turut memetik, kejadian mempunyai kaitan dengan pemberontak dan krisis politik di negara itu. Berita itu disahkan oleh Jabatan Penerbangan Awam (DCA) selepas menerima laporan dari Ukraine.-SH

0 comments:

Post a Comment

http://penburukonline.blogspot.my/